Cover

Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Indonesia-Jepun

Jepun merupakan pelabur asing terbesar di Indonesia pada akhir bulan Jun 1960 dengan nilai sebanyak US$ 3.9 bilion dilaburkan dalam 202 projek. Setiausaha Agung Kementerian Perindustrian, Agus Sujono menyatakan projek-projek pelaburan Jepun yang telah siap pada masa itu berjumlah US$ 1.5 bilion (The Business Times, 26 Februari 1981). Pada bulan April 1971, Kementerian Pertanian Indonesia memberikan kebenaran kepada syarikat-syarikat Jepun dan Malaysia Timur untuk melakukan usaha perhutanan bersama di Borneo (The Straits Times, 16 April 1971). Menjelang tahun 1972, kerajaan Jepun telah menyediakan bantuan pinjaman pelaburan berjumlah 5.4 juta yen kepada pengusaha-pengusaha swasta di Indonesia (Berita Harian, 11 Oktober 1972). Pada bulan Mei 1972, Presiden Suharto berlepas ke Tokyo dengan harapan untuk mengukuhkan hubungan di antara Indonesia dan Jepun yang membawa Indonesia ke arah kestabilan politik dan ekonomi (New Nation, 6 Mei 1972).

 

Pada bulan September 1972, Presiden Suharto menyatakan kepada Menteri Perdagangan Jepun, Yasuhiro Nakasone supaya Jepun bekerjasama dalam projek US$ 400 juta Asahan Aluminium dan projek tenaga Hidro Elektrik di Sumatera Utara (The Straits Times, 8 September 1972). Pada bulan Mei 1975, Jepun mendahului senarai pelabur asing di Indonesia dengan jumlah modal sebanyak US$ 1 bilion menurut laporan Lembaga Penyelarasan Pelaburan (The Straits Times, 15 Mei 1975). Pada bulan Februari 1977, Jepun masih mendahului senarai pelabur asing di Indonesia dengan pelaburan di dalam 208 projek. Ini diikuti oleh Amerika Syarikat, Hong Kong, Belanda dan Singapura (New Nation, 26 Februari 1977). Pada bulan Mac 1977, Duta Besar Indonesia ke Tokyo, Leftenan Jeneral A.W. Wltono menyatakan tiada tanda-tanda kelembapan pelaburan Jepun di Indonesia walaupun kerajaan telah mengetatkan dasar pelaburannya bari-baru ini (The Business Times, 10 Mac 1977). Pada bulan Mac 1979, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Indonesia, Suwoto Sukendar menyatakan pelaburan Jepun di Indonesia harus beralih penekanan kepada pembiayaan industri eksport dan bukan pengeluaran untuk pasaran tempatan (The Business Times, 14 Mac 1979).

 

Pada bulan Jun 1979, Jepun merestui "Konsep Gugusan" yang dimajukan oleh Indonesia dan yang sedang ditingkatkan untuk diiktiraf oleh dunia. Kelulusan itu dipercayai telah dimajukan oleh Perdana Menteri Jepun, Masayoshi Ohira kepada Presiden Suharto dalam pusingan pertama rundingan mereka di Tokyo (Berita Harian, 8 Jun 1979). Pada bulan yang sama juga, Jepun dan Indonesia dijangka menandatangani perjanjian rasmi bernilai US$ 160 juta untuk pelaburan Jepun dalam projek pembangunan petroleum di Indonesia (New Nation, 6 Jun 1979). Pada bulan September 1979, sebuah syarikat Jepun untuk pelaburan modal dalam projek bersama Jepun-Indonesia bagi membangunkan sumber minyak di pulau-pulau Jawa, Borneo dan Sumatera telah dirasmikan. Firma

Impressum

Verlag: BookRix GmbH & Co. KG

Tag der Veröffentlichung: 16.11.2015
ISBN: 978-3-7396-2349-8

Alle Rechte vorbehalten

Nächste Seite
Seite 1 /